BANYAK yang diperkatakan mengenai lawatan kerja pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom (UK), dari 15 hingga 19 Januari atas jemputan rakan sejawatannya, Keir Starmer. Paling menonjol pastilah kejayaan Malaysia menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital, selepas Anwar dan delegasi mengadakan beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten industri terkemuka di UK. Selain itu, melalui beberapa pertemuan dengan ketua-ketua syarikat, potensi eksport yang dijana dalam tempoh lima tahun akan datang pula direkodkan sebanyak RM500 juta meliputi produk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya