Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998: Taktik sekat kebebasan bersuara?

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998: Taktik sekat kebebasan bersuara?

akta komunikasi
Imran Sulaiman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Persidangan Dewan Rakyat pada 9 Disember 2024 telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024. RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagian dengan 59 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 40 tidak menyokong, seorang tidak mengambil bahagian serta 122 tidak hadir.

Berdasarkan keputusan undian tersebut, pindaan rang undang-undang tersebut jelas menimbulkan kesangsian dalam kalangan rakyat akan tujuan sebenar pindaan tersebut dilaksanakan.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengikuti rapat perkembangan perbahasan RUU ini yang hangat dibincangkan dalam Dewan Rakyat sehingga menimbulkan polemik antara pihak kerajaan dengan pihak pembangkang.

GAMIS melihat  cadangan pindaan Akta 588 ini berpotensi menjadi senjata ‘serampang dua mata’ yang boleh dimanipulasi oleh pihak kerajaan. Hal ini kerana, pindaan RUU ini sekiranya diluluskan
sehingga peringkat akhir, RUU ini dapat menangani cabaran semasa dalam komunikasi, keselamatan dan pengurusan kandungan digital.

Jika diamati dengan lebih mendalam, lensa pindaan RUU ini juga berpotensi dicapahkan untuk menyekat mana-mana individu yang menentang kerajaan atas alasan mereka menyentuh isu 3R iaitu agama, bangsa dan raja sekiranya RUU ini disalahgunakan.

Kuasa Menteri

GAMIS menimbulkan persoalan ini apabila cadangan pindaan RUU ini seperti pemeriksaan dan penyitaan boleh dilakukan meskipun waran geledah diterima cacat, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah mengenai penyimpanan rekod, kuasa Menteri untuk mendaftar atau membatalkan lesen sesiapa sahaja dan banyak lagi.

Contoh-contoh yang dinyatakan di atas adalah sebagai elemen yang boleh disalah guna oleh pihak kerajaan sekiranya tiada pengawal seliaan dan semak imbang yang efektif.

Bertitik tolak dengan itu, GAMIS mencadangkan agar dapat diwujudkan satu jawatankuasa penyeliaan dari pelbagai pihak yang berkepakaran dalam bidang komunikasi dan jenayah siber serta bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik untuk menjadi semak dan imbang terhadap setiap keputusan kerajaan.

Di samping itu, GAMIS mencadangkan agar diselaraskan garis panduan dan garis merah terhadap perkara berkaitan 3R, hasutan dan sebagainya secara holistik agar kesan pindaan RUU yang  bersifat ‘draconian’ dapat mencapai objektifnya yang sebenar.

Kebimbangan

Kesimpulannya, kelulusan Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat, terutamanya berkaitan dengan potensi penyalahgunaan kuasa oleh pihak kerajaan.

GAMIS melihat bahawa pindaan ini berisiko digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara, khususnya dalam isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, dan raja (3R). Hal ini bertujuan memastikan pindaan RUU dapat mencapai matlamatnya tanpa menjejaskan hak asasi rakyat dalam konteks kebebasan bersuara yang telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia.

BERSAMA MEMACU GERAKAN MAHASISWA

Imran bin Sulaiman
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya