Pada 14 Disember lalu, kita kehilangan bintang dunia tari negara, Datuk Tharuwat Ismail Bakti. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang amat besar, lebih-lebih lagi saya bertuah sempat mengenali beliau. Semasa anak-anak masih kecil, Tharuwat menjemput kami menghadiri kelas gamelan dan tarian asyik di pekarangan rumahnya yang penuh dengan khazanah budaya. Ramai yang menghadiri kelas tari menari dan bunyi-bunyian itu meraih kenangan indah tidak terhingga. Adiguru tari, Tharuwat pernah satu ketika dulu menjadi tarikan utama dunia dramatari dari Malaysia. Beliau memukau penonton di London, Tokyo, New York dan banyak lagi pentas antarabangsa.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya