JIKA kita inginkan Malaysia menjadi sebuah negara maju dan terbilang, maka setiap daripada kita mesti berusaha keras memainkan peranan masing-masing dalam pembinaan negara ini. Sekadar memasang angan-angan dan melontarkan kata-kata yang membara tidak akan membawa kita ke mana-mana. Negara harus melahirkan rakyat yang berintegriti, berilmu serta tidak mudah dimanipulasikan oleh mereka yang berkepentingan. Pada masa yang sama, kita memerlukan pemimpin yang bukan sahaja bijak dan berilmu tetapi juga berpengalaman serta berpandangan luas. Mereka harus mampu melaksanakan tugas dengan cemerlang serta pragmatik dalam menyelesaikan segala masalah berbangkit dan bukannya mengemukakan idea…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya