MUSIM banjir di Malaysia merupakan fenomena tahunan yang memberi kesan besar kepada masyarakat, bukan sahaja dalam bentuk kerosakan fizikal, tetapi juga tekanan kewangan. Selain menjejaskan infrastruktur dan harta benda, banjir sering menyebabkan kemunculan ‘kemiskinan situasi’, iaitu keadaan individu atau keluarga yang sebelum ini stabil kewangannya, tiba-tiba jatuh miskin akibat faktor luar jangka. Keadaan ini menonjolkan keperluan mendesak untuk perancangan kewangan yang kukuh bagi memastikan masyarakat lebih bersedia menghadapi cabaran luar jangka seperti ini. Kemiskinan situasi berbeza daripada kemiskinan mutlak atau relatif kerana ia berlaku secara mendadak dan berpunca daripada faktor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya