AGAK sukar dan sensitif untuk kita bincangkan topik berkaitan pemikiran kelas ketiga atau pemikiran rendah serta sempit ini. Apatah lagi agak sukar untuk kita menuding jari kepada mana-mana contoh bagi menaakul seseorang atau sekumpulan masyarakat itu sedang berfikiran kelas ketiga. Sudah semestinya tiada siapa mampu menerima kenyataan apabila mereka dilabelkan sebagai seorang yang berfikiran kelas ketiga atau sempit ini. Dengan sedar ataupun tidak, mereka pasti akan membawa seribu satu hujah dan alasan bagi membuktikan bahawa pemikiran mereka adalah yang paling relevan dan menjangkaui arus zaman. Namun di celahan kerancakan informasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya