LANGKAH pihak berkuasa tertentu untuk mengambil tindakan terhadap iklan yang langsung tidak menggunakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa negara ini, bukan sahaja amat tepat. Juga ia sepatutnya dilakukan secara konsisten semenjak dahulu lagi, iaitu sejurus sahaja tergubalnya Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 yang dipinda pada 1985. Perundangan kecil ini selalu diguna pakai pada Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sehubungan penggunaan bahasa Melayu, ia dengan jelas lagi tegas mewajibkan sesuatu iklan itu hendaklah terpapar dalam bahasa Melayu sama ada dengan sendirinya atau bersesama mana-mana bahasa lain. Selanjutnya, ia mengkehendaki semua perkataan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya