BARU-BARU ini, saya berpeluang meluangkan waktu bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di kediamannya. Ia satu pengalaman yang tidak hanya berharga tetapi juga penuh dengan inspirasi. Sambil menikmati secangkir teh O dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional, saya berkesempatan bertanya khabar tentang keadaan kesihatan beliau, yang baru-baru ini dinasihatkan untuk berehat di Institut Jantung Negara. Namun, melihat cara bekas Perdana Menteri itu yang masih mampu berjalan dengan penuh bertenaga pada usia 99 tahun, jelas kesihatan beliau dalam keadaan yang baik. Dengan senyuman yang tenang, beliau juga berkongsi batuk menyebabkan beliau berehat sudah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya