PENILAIAN keadaan turapan adalah penting untuk menilai keadaan semasa jalan raya dan mengenal pasti sebarang kecacatan atau kerosakan yang mungkin memerlukan tindakan penyelenggaraan. Penilaian biasanya dijalankan melibatkan peralatan serta teknik yang ditetapkan, seperti tinjauan visual serta pemeriksaan berasaskan gelombang dan laser. Penilaian ini harus dilakukan secara berkala untuk memberikan penilaian menyeluruh tentang kualiti pemanduan, rintangan gelincir, integriti struktur turapan dan faktor lain yang memberi kesan kepada prestasi turapan mahupun keselamatan pengguna. Penilaian ini kritikal untuk mengurus infrastruktur pengangkutan dengan cekap. Ia membolehkan organisasi pengangkutan mengutamakan usaha penyenggaraan serta pemulihan bergantung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya