APA perbezaan penyokong parti politik dengan penyokong pasukan bola sepak? Adakah dua-duanya betul-betul fanatik? Saya rasa tidak. Tetapi itu bergantung kepada kefahaman dan penerimaan masing-masing. Pada saya, penyokong mana-mana pasukan bola sepak kalau team yang dia sokong itu kalah, lazimnya dia akan kutuk pasukan tersebut beberapa hari. Tidak kiralah, golongan ‘ultra’, ‘geng lalang’ atau tidak, rasa kecewa itu pasti ada. Tetapi tidak kepada penyokong parti politik, katalah apapun, walaupun pemimpin yang disokongnya tidak cemerlang, cakap merapu meraban ketika ditanya hal-hal isu semasa atau terbukti dalam mahkamah dia terlibat dalam jenayah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya