BAGAIKAN cendawan tumbuh selepas hujan. Inilah peribahasa yang paling sesuai pada ketika ini di mana pempengaruh atau pencipta kandungan semakin meningkat naik di ruang media sosial. Mereka yang sinonim dengan kandungan yang mudah tular seringkali menggunakan pelbagai teknik seperti menghasilkan video yang kreatif, kejutan, atau mencipta kontroversi untuk menarik perhatian pengguna. Setiap daripada mereka mempunyai bidang atau minat yang berbeza mengikut kecenderungan dan kepakaran masing-masing. Contohnya seperti fesyen, kecantikan, pendidikan, perniagaan, masakan, teknologi, atau hiburan. Tapi, ada juga antara pencipta kandungan ini yang secara rawak atau tidak mempunyai bidang tumpuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya