SUDAH tentu kita berasa sedih, resah, gelisah dan marah apabila saban minggu negara ini digemparkan dengan kes-kes pembunuhan. Belum habis tempoh tahanan reman orang disyaki melakukan pembunuhan itu, timbul pula kes bunuh lain. Yang tragisnya, ia dilakukan oleh orang yang dikenali atau ada ikatan kekeluargaan. Secara purata sebanyak lima kes bunuh berlaku dalam seminggu sepanjang tempoh 2021 hingga Jun tahun ini – Ini yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain baru-baru ini. Beliau memberitahu wartawan akhbar ini, sepanjang tempoh itu ia membabitkan 860 kes bunuh di seluruh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya