PADA Persidangan Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) yang dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva awal April lalu, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) mengeluarkan kenyataan tegas mengutuk perlakuan Israel terhadap rakyat Palestin. Bagi CENTHRA, tindakan Israel bukan sahaja melanggar hak asasi manusia yang fundamental tetapi juga mencabar kesucian kehidupan manusia. Di persidangan tersebut, Pengarah Advokasi, Romil Shamsuddin menegaskan kerjasama antara CSO amat penting untuk menamatkan pendudukan apartheid dan genosid yang dilakukan oleh Israel. Beliau juga menegaskan betapa pentingnya bagi semua negara anggota PBB untuk meningkatkan tanggungjawab masing-masing bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya