RAMAI orang politik yang mahukan jawatan tanpa memikirkan sama ada mereka mampu melaksanakan tanggungjawab yang bakal dipikul. Mengukur baju di badan sendiri mungkin tiada dalam kamus mereka dan pengundi yang taksub dengan parti pula akan tetap pangkah sesiapa sahaja yang mewakili parti tanpa mengambil kira sosok tubuh yang bertanding. Tatkala kerajaan berusaha keras menstabilkan negara, kita terpaksa menyaksikan pertelingkahan dalam kalangan ahli politik seolah-olah tiada noktahnya. Apatah lagi apabila akhir-akhir ini, kita berhadapan dengan satu demi satu Pilihan Raya Kecil (PRK) yang datang secara bertalu-talu, maka bertambah panas dan gegarlah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya