Utamakan doktrin penyatuan - Nusyi Mahfodz

Utamakan doktrin penyatuan

NUSYI MAHFODZ berharap misi penyatuan yang dibawanya mampu menyatupadukan masyarakat di Semenyih
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kebanyakan ahli politik menggunakan janji bagi tujuan meraih undi namun berbeza bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Selangor, Nusyi Mahfodz.

Bagi Nushi Mahfodz, berjanji menerusi manifesto ada baik tetapi masalah akan timbul jika pemimpin tersebut gagal menunaikan menifesto berkenaan. Jika demikian, pemimpin tersebut berpotensi tewas dalam pilihan raya berikutnya.

Justeru, masa berkempen, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) ini tidak menggunakan pendekatan politik lama iaitu mengata kepada pemimpin hingga menimbulkan prasangka, sebaliknya mengamalkan cara politik Islam , sesuai imej yang dibawanya sebagai calon Perikatan Nasional (PN) menerusi parti Pas.

“Rasulullah SAW tidak mengajar kita berkata begitu (mencerca lawan), sebaliknya saya mahu amalkan cara politik Islam iaitu menyatupadukan pelbagai pihak khususnya dalam konteks politik Malaysia iaitu Pas dan UMNO.

“Pada saya kita perlu ubah persepsi politik kepada menyatupadukan dan bukan galak perpecahan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Justeru beliau berpendapat kemenangannya di DUN Semenyih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini bukan semata-mata undi daripada penyokong partinya tetapi banyak pihak mengundi beliau yang bersetuju dengan pendekatan politik sederhana yang dibawanya.

Ini bukan bermakna tidak ada isu pembangunan yang dibawa sepanjang menjadi ADUN tetapi berdasarkan pengalamannya sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kajang sebelum ini, beliau mengetahui apa masalah rakyat yang sampai ke telinganya.

Namun kerana doktrin penyatuan antara pihak dalam parti berbeza lebih penting untuk ditegakkan, Nushi yang mesra dipanggil ustaz kerana kerap diundang menyampaikan ceramah dan kuliah agama di masjid dan surau, ramai pihak mesra dengannya sebagai wakil rakyat yang gemar menyantuni penduduk.

“Pernah satu ketika saya dijemput menghadiri satu program penduduk, saya turun membantu, tanpa banyak soal.

“Mereka pula hairan kerana sikap tidak bertanya mereka penyokong parti mana,” ujarnya.

Maka Nushi percaya tidak ada sempadan kaum atau parti dalam usaha membantu rakyat apatah lagi jika ada niat menyatukan mereka.

Pendekatan itu satu daripada peranan wakil rakyat iaitu yang terkandung dalam tiga teras utama misi yang dibawanya untuk penduduk DUN Semenyih.

Teras pertama adalah Semenyih Sepakat iaitu menyatukan orang Melayu yang ada dalam kawasan beliau dan ini penting sebagai nukleus perpaduan yang membawa kepada penyatuan kaum lain.

Teras tersebut menekankan usaha menyatupadukan warga Semenyih supaya bertoleransi dan hidup harmoni.

 

 

 

Teras kedua adalah Kasih Semenyih iaitu warga Semenyih saling bekerjasama dan prihatin aspek kebajikan. Teras ketiga adalah Semarak Semenyih iaitu pembinaan modal insan secara holistik yang dari aspek fizikal dan spiritual ke arah masyarakat yang berdaya saing.

Ketiga-tiga teras itu merupakan tiang seri utama dalam gagasan Semenyih Sejahtera yang beliau bawa dalam menyatukan penduduk Semenyih yang berjumlah lebih 300,000 orang dan 97,000 pengundi.

Ketika ditanya mengenai isu-isu yang dibangkitkan warga Semenyih sebagai wakil rakyat Nushi berkata, isu kemudahan paling kerap diadukan adalah sekolah.

————————————————————————————————————-

BIODATA:
Nama: Nushi Mahfodz
Lahir: Glasgow, Scotland
Tarikh Lahir: 27/12/1975
Dibesarkan: Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor (1977-2002)
Menetap: Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor (2004-kini)
Pendidikan:
 SRK Sri Petaling, Petaling Jaya (82-87)
 SMKA Simpang Lima, Sg Besar, Sabak Bernam (88)
 Sek Men Agama Kuala Lumpur (SMAKL) (88-90)
 Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang (KISAS) (91-92)
 B.A(hons.) Syariah, Yarmouk University, Jordan (93-97)
 M.A Syariah (Usul Fiqh) Aly Al-Bayt University Jordan (1997-2001)

Pengalaman Kerjaya:
 Pensyarah, Dept. Of Islamic Law, Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, IIUM 2001-2010
 Pensyarah & Ketua Jabatan, Jabatan Asas Pengajian Islam, Pusat Asasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 2011-2015
 Timbalan Ketua Pegawai Operasi, Kuiscell Sdn. Bhd. 2016-2020
 Penasihat Syariah, Asia Finance Bank 2015-2018
 Penasihat Syariah, MBSB Bank 2018
 Ahli Jawatankuasa Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JKB MAIWP) 2022-2023
 Konsultan Syariah, Omar & Hana 2018-2020
 Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama 2020-2021.

 Pengarah, Bahagian Latihan dan Perundingan, Yayasan Strategik Lestari  (2022-2023) 

Ahli Dewan Negeri Selangor N24 Semenyih (2023 – kini) 

Pengalaman Aktiviti Kemasyarakatan:

Pengerusi, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra, Bangi 2016-2018

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) 2013-2014

Berpengalaman sebagai penceramah dan motivator jemputan di pelbagai Kementerian, jabatan-jabatan kerajaan dan swasta termasuk stesen tv dan radio seperti Tanyalah Ustaz dan Al-Kulliyyah di TV3, Al-Ustaz di Astro Oasis, Radio ikim dan nasional fm selain tenaga pengajar untuk rancangan Qari Junior Tv3 dan konsultan syariah untuk rancangan kanak-kanak Omar dan Hana

Pengalaman Politik:

2013-2015 

Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia portfolio Tarbiyah dan Perkaderan 

Ketua Pemuda PAS kwsn Serdang

2015-2023

TYDP PAS kwsn Bangi

AJK Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat 

2019-2021

AJK Dewan Ulamak PAS Pusat portfolio Akademi Latihan dan Kepimpinan Ulamak

2021-2023

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat

Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

– Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Negeri Selangor 

2023 – 2024

Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor

– Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

(2024-kini

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat 

Timbalan Pesuruhjaya 3, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor 

AJK Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat

KAWASAN ADUN : N24 Semenyih, Selangor 

DUN Semenyih terletak kawasan Parlimen Hulu Langat.

 

—————————————————————————

Menurut beliau, pemaju kawasan tersebut sudah menyediakan tiga tapak untuk pembangunan sekolah tetapi masih belum dibina berkemungkinan Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai peruntukan.

Selain itu, kemudahan-kemudahan lain turut dibangkitkan terutama penambahbaikan jalan rosak gangguan anjing liar serta kemudahan rumah ibadat seperti surau termasuk antaranya yang dibangkitkan Jawatankuasa surau Al-Ikhlas di Taman Impian Putra dan persatuan penduduk.

Sebagai wakil rakyat, beliau seboleh-bolehnya mahu menyantuni warga Semenyih dan mendengar suara mereka. Namun beliau berpesan supaya tidak menganggap wakil rakyat sebagai Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM).

“Wakil rakyat bukan mesin ATM (asal) cucuk sahaja, keluar duit,” ujarnya.

Beliau percaya usaha penyelarasan perlu diutamakan antara agensi pusat dan negeri. – UTUSAN

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya