Gunakan media sosial secara beretika, bertanggungjawab

Gunakan media sosial secara beretika, bertanggungjawab

MEDIA sosial sering disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga ia membawa bencana dalam masyarakat – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNIA hari ini menyaksikan saluran penyebaran maklumat sudah jauh berubah. Internet dengan jaringannya yang sangat meluas serta pantas telah menjadi saluran penyebaran maklumat yang sangat berpengaruh pada masa kini. Penggunaan internet yang meluas telah melahirkan bentuk media baharu yang dikenali sebagai media sosial.

Media atas talian atau media siber ini bermacam jenisnya seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok, Youtube, WhatsApp dan sebagainya. Hampir semua bentuk organisasi menggunakan media baharu ini sebagai saluran dalam memasarkan maklumat mereka kepada orang ramai atau kumpulan sasar mereka.

Selain sebagai saluran penyebaran berita, ‘medsos’ juga berupaya membentuk pelbagai medan ‘jaringan sosial’ (social networking) dengan pelbagai tujuan dan manfaat seperti jaringan perniagaan, politik, kesihatan, agama, persahabatan dan sebagainya.

Penyebaran berita melalui jaringan internet yang meluas turut mengubah pengertian media massa masa kini yang bukan lagi terbatas pada bentuk media konvensional tetapi juga media baharu yang pelbagai bentuknya.

Satu lagi aspek yang perlu difahami ialah penggunaan media sosial ini sangat berkait rapat dengan penggunaan pelbagai gajet mudah alih, terutamanya telefon pintar (smartphone) yang menjadi kegilaan generasi muda hari ini. Justeru, penggunaan media sosial cenderung dikaitkan dengan anak-anak muda atau lebih dikenali sebagai Gen Y dan Gen Z.

Apa pun, hakikat bahawa media sosial sudah digunakan secara meluas oleh semua lapisan masyarakat adalah sesuatu yang tidak boleh dina­ kan. Walaupun kewujudan media sosial telah memberi saingan dan cabaran besar kepada media konvensional, namun media sosial sering dipersoal kredibiliti dan kesahihan penyebaran maklumatnya.

Etika penggunaannya juga sering dipersoalkan. Jika media konvensional sudah lama mempunyai kod etika kewartawanannya tetapi media sosial belum lagi memilikinya. Ia bergantung kepada kesedaran dan tanggungjawab pengamal atau pengguna media sosial itu sendiri.

Satu tabiat yang gemar dilakukan oleh kebanyakan pengguna media sosial ini ialah suka melakukan copy and paste dan suka forward atau tularkan apa-apa juga kandungan atau bahan yang diperoleh tanpa memastikan kesahihan, ketepatan dan kebenaran maklumat atau bahan yang mahu diterimanya.

Biarpun pengguna media sosial tidak terikat dengan apa-apa kod etika yang dikuatkuasakan, tetapi bagi orang Islam sekurang[1]kurangnya panduan sudah diberikan oleh al-Quran untuk diamalkan oleh semua yang bergelar mukmin, iaitu apabila datang sesuatu berita maka periksalah dengan teliti (Al-Hujurat”6).

Ini disebabkan berita-berita yang mungkin datang dari orang yang fasik (berbuat dosa) itu mengandungi ­ tnah dan kepalsuan. Sungguhpun media sosial membolehkan semua orang menyalurkan apa jua berita atau maklumat tanpa kawalan dan kekangan, tetapi kesahihan dan ketepatan kandungan atau bahan yang hendak disebarkan biarlah benar dan sahih.

Apa yang berlaku hari ini ialah banyak kandungan yang disiarkan melalui media sosial sering memeningkan atau mengelirukan masyarakat kerana penggunaannya yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika. Golongan fasik ini menyalurkan berita dan maklumat palsu, ­fitnah dan tanpa asas kebenaran. Fitnah, kata-kata kesat, maki hamun, intimidasi, porno dan pelbagai bentuk sifat mazmumah yang lain begitu berleluasa disebarkan melalui media sosial, termasuklah “pembunuhan karakter” ke atas politikus dan individu tertentu yang menjadi sasaran kebencian dan ­ tnah.

Hakikatnya, keterbukaan dan pendemokrasian maklumat melalui media siber ini telah disalahgunakan dengan meluasnya oleh individu atau golongan tertentu yang tidak bertanggungjawab dan beretika sehingga boleh membawa bencana dalam masyarakat.

Jika media konvensional mudah dipantau, dikawal dan diajak berbincang tetapi sukar untuk berbuat demikian terhadap media sosial kerana sifatnya yang individualistik dan luas jaringannya. Biarpun media sosial memiliki kecepatan atau kepantasan dalam menyebarkan maklumat, namun nilai ketepatan berita dan maklumatnya banyak yang diragukan.

Memang benar zaman atau era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu disebabkan penyebaran maklumat yang pantas melalui jaringan media sosial, namun ia bukan bermakna sesiapa sahaja bebas membicara apa sahaja tanpa sebarang pertanggungjawaban moral dan etika.

Hakikatnya, apa yang berlaku ialah “dasar langit terbuka” yang diamalkan oleh kerajaan tidak digunakan dengan betul sehingga pihak berkuasa terpaksa melaksanakan kawalan ketat terhadap penggunaan media sosial.

Di satu segi, oleh kerana banyak keraguan yang ditimbulkan dalam penyebaran maklumat, terutamanya maklumat yang berunsurkan propaganda politik dan agenda kumpulan tertentu maka media konvensional masih tetap diperlukan.

Walaupun akhbar ­fizikal menunjukkan kemerosotan jumlah edaran, tetapi jangan lupa bahawa ramai yang mengalih (melanggan) kepada akhbar digital yang digunakan oleh kesemua akhbar arus perdana hari ini.

Akhbar digital ini masih berpengaruh dalam memainkan peranannya memelihara keharmonian masyarakat. Akhbar konvensional dalam bentuk digital ini juga masih berpengaruh menggerakkan pemikiran dan merubah sikap rakyat supaya bersama[1]sama memain peranan dan memberi sumbangan secara sihat dalam arus perdana pembangunan negara serta mendokong aspirasi membina masyarakat madani. – UTUSAN

PENULIS ialah penganalisis sosiopolitik bebas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya