YB, bukan Wakil Rakyat yang selalu hantar ‘wakil’

YB, bukan Wakil Rakyat yang selalu hantar ‘wakil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HUBUNGAN, komunikasi dan interaksi wakil rakyat iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh dengan rakyat kawasannya amat rapat dan mesra.

Tidak perlu ‘bentang karpet merah’ menanti ketibaannya atau hidang makanan dan minuman. Paling penting adalah khidmatnya sampai dan seluruh rakyat Dengkil menerima manfaat dalam apa jua cara.

Tiada jurang atau batas pemisah antara wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini dengan pengundinya, malah, Jamil seorang rendah diri dan tidak terlalu rigid soal protokol ketika menyantuni rakyat.

Jika rakyat berdepan kesukaran, mudah sahaja hubungi beliau atau hadir pusat khidmatnya. Insya-Allah, beliau akan bantu sedaya upaya.

Sebab itu, selama memegang mandat, Jamil enggan ada golongan tertinggal daripada mengecapi pembangunan dan perkembangan dalam seluruh aspek ekonomi dan sosial.

Beliau mahu Dengkil membangun sama seperti di kawasan lain dan siapa sangka, kawasannya kini lebih baik. Peluang pekerjaan semakin banyak, kos sara hidup lebih rendah manakala isu pengangguran dan masalah sosial tidak ketara.

Kelebihan itu yang menjadikan Dengkil didiami 63,674,68 peratus kaum Melayu, diikuti Cina (13,240,14 peratus), India (9,578,10 peratus) dan lain-lain bangsa (7,439,8 peratus) sempurna seadanya.
Jamil, akan terus membantu selagi dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu untuk beberapa pusingan pilihan raya lagi.

“Saya akan sentiasa pastikan tiada siapa pun tertinggal daripada mendapat hasil pembangunan yang ada di sini. Tidak kiralah golongan majoriti atau minoriti (Orang Asli) di Dengkil, saya akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik untuk semua,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI

BbIODATA
Nama: Jamil Salleh
Umur: 65
Pendidikan:
Ijazah Sarjana Sastera (Antropologi dan Sosiologi) Universiti Malaya.
Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Penggal DUN: 1 – Kerjaya:
 [2016-2019] Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP)
 [2013-2016] Ketua
Setiausaha, Kementerian
Belia dan Sukan (KBS)
 [2009-2010] Timbalan
Setiausaha Bahagian
Nasional Key Result Area
(NKRA), Kementerian
Dalam Negeri (KDN)
 [2000-2009]
Pengarah Perancangan,
Pembangunan dan
Logistik, Jabatan Penjara
Malaysia
 [1983-1999] Pelbagai
jawatan peringkat
pemguruisan di
Kementerian Pertahanan
(Mindef), KDN dan KBS

Jamil sering menjalankan program bersama Orang Asli yang mewakili kira-kira lima peratus daripada keseluruhan penduduk di DUN Dengkil.

Ini yang menyebabkan mengapa komuniti itu berasa amat selesa di samping Jamil yang benar-benar memahami struktur sosial masyarakat itu.

Sebelum ini, beliau menganjur dan merasmikan program Sunathon 2.0 yang menerima penyertaan memberangsangkan dalam kalangan Orang Asli dari Bukit Dugang, atas kesedaran bersunat baik dari aspek kesihatan dan kebersihan.

Jamil turut menghulurkan sumbangan bakul makanan di Kampung Orang Asli Bukit Damar selain hadir dalam sambutan Hari Moyang, yang merupakan acara terpenting dalam kalendar masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Berpeluang mengikuti beliau melawat dua kampung Orang Asli di Bukit Dugang dan Bukit Tadom baru-baru ini, saya menyaksikan sendiri bagaimana beliau secara ikhlasnya menyantuni dan menyelami suara hati komuniti itu dalam aspek kebajikan dan kehidupan seharian mereka.

“Kini kehidupan Orang Asli sudah moden dan saya tidak mahu mereka ini ketinggalan daripada manfaat pekerjaan yang lebih baik, sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan,” katanya.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Hadi Anak Jembik, 52, menyifatkan Jamil seorang yang berjiwa kerakyatan dan sentiasa mengambil peduli tentang masalah yang berlaku di DUN Dengkil.

“Beliau mempunyai pengurusan yang amat baik dan pergaulan yang harmoni. Jika kami ada masalah, mudah berurusan. Jauh berbeza dengan wakil rakyat sebelum ini.

“Selalu hantar ‘wakil’ sahaja, bukan wakil rakyat. Saya mahu beliau kekal menjadi wakil rakyat di sini, kalau menjadi ahli Parlimen, lagilah saya sokong!,” katanya.
Tok Batin Kampung Orang Asli Bukit Dugang, Awang Jantan, 60, pula berkata, beliau amat mengagumi dan menghormati Jamil atas komitmennya membantu komuniti itu, walhal penyandang-penyandang wakil rakyat terdahulu tidak memberi perkhidmatan yang setara.

“Dia sangat bagus. Selalu turun padang. YB lain kadang-kadang tidak mahu turun pun. Kalau orang yang sudah berpangkat ini kadang-kadang turun kampung Orang Asli pun malas.

“Duduk di pejabat muka tidak nampak, hanya nampak muka di papan iklan sahaja,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya