KAMPUS Bachok segar nyaman dihembus bayu Pantai Irama. Kampus Bandar bergerak aktif seiring perjalanan kehidupan kota di pinggiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa yang menuju gelaran bertaraf antarabangsa. Manakala Kampus Jeli damai indah di pedalaman desa. Dari tiga daerah, tiga penjuru negeri, berdiri megah sebuah institusi bernama Universiti Malaysia Kelantan (UMK). UMK bergerak maju seiring dan seindah suasana persekitarannya. Usianya mencecah 17 tahun. Usia sebaya remaja yang mula mengorak langkah, merencana masa hadapan dengan cermat sambil menempah kegemilangan. Namun bagi UMK, berada di usia ini telah banyak menyerlah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya