MASIH muda tetapi sudah terjebak dengan pelbagai komitmen hutang? Akhirnya setiap kali dapat gaji, ditolak semua hutang, baki yang tinggal tidak sampai RM100. Orang sekarang selalu berkata, hidup ini memang ‘keras’. Tetapi boleh fikirkan juga, ada waktunya, diri sendiri yang mengundang keras itu. Apabila bercakap tentang isu anak muda yang ramai muflis, banyak pihak terus mengaitkannya dengan gaya hidup. Golongan muda yang jatuh bankrap ini dilabel sebagai orang yang mengamalkan konsep hidup ‘biar papa asalkan bergaya’. Bukan setakat itu, mereka juga dikatakan tidak pandai mengurus kewangan, berbelanja melulu tanpa tujuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya