Universiti Selatan California (USC) dalam perkembangan terbaharu membatalkan seluruh majlis pengijazahan yang sepatutnya diadakan beberapa hari lagi. Ini tidak memeranjatkan kerana sudah diduga. Malah boleh dikesan beberapa minggu yang lalu apabila desus-desas mula kedengaran berkaitan ura-ura menarik balik keputusan pemidato siswazah terbaik pada majlis berkenaan. Hal ini berikutan dakwaan yang siswazah tersebut kononnya menyatakan rasa hatinya melalui media sosial terhadap pembunuhan beramai-ramai di Gaza sejak tujuh bulan lalu tanpa henti. Kebetulan seorang siswi Islam yang terpilih berdasarkan kecemerlangan tertinggi. Langkah USC itu mencetuskan bantahan dari siswa-siswi yang menyoal keputusan tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya