DALAM karya klasik India berbahasa Sanskrit dan Prakrit, konsep ‘mengidam’ dalam kalangan wanita mengandung dikenali sebagai dohada. Terjemahan langsung istilah itu ialah hati yang berbelah bagi tetapi sering digunakan untuk merujuk situasi wanita mengandung yang mengidam sesuatu. Sekiranya apa yang diidam si bakal ibu tidak dipenuhi, kononnya janin dalam kandungan akan berduka. Maka, dalam tradisi India sejak dahulu, si suami diwajibkan memenuhi permintaan isteri yang mengidam sesuatu. Kita tentu pernah terdengar kes wanita mengandung mengidam benda yang pelik seperti tanah liat. Perkara seperti ini memang direkodkan dalam karya klasik India…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya