KONSEP Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengandungi enam tonggak utama, iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan. Mengenai Ihsan, dalam buku beliau bertajuk “Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi”, Perdana Menteri menulis: “Ihsan itu sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan… Perasaan ihsan itu adalah soal menyelami penderitaan dan kemelaratan orang lain, lalu berusaha untuk mencari jalan bagi mengubatinya.’” Pentadbiran awam selama ini sering kali dilihat sebagai kurang mempunyai ciri ihsan, birokrasinya menyulitkan, lambat dan kurang responsif terhadap keperluan dan harapan masyarakat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya