Rumah terbuka: Tiada pantang tapi waspada - Utusan Malaysia

Rumah terbuka: Tiada pantang tapi waspada

MENGUNJUNGI rumah terbuka bukan alasan menikmati apa sahaja makanan tanpa berjaga-jaga. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Amalan kunjung mengunjung sempena Aidilfitri bertepatan dengan suruhan agama Islam bagi mengukuhkan silaturaham dan peluang untuk bermaaf-maafan.

Selepas menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilftri, biasanya umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara.

Mereka kemudiannya berkunjung ke rumah sanak- saudara dan rakan taulan sebagai memenuhi jemputan rumah teerbuka.

Amalan ini sangat digalakkan dalam Islam ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bulan Syawal umat Islam dituntut supaya bergembira, bermaaf-maafan di samping mengeratkan tali persaudaraan

Budaya kunjung-mengunjung sudah menjadi amalan dalam masyarakat Melayu sejak berzaman lagi dan konsep rumah terbuka sudah lama menjadi tradisi.

Mereka tidak dilarang mengunjungi rumah terbuka menikmati menu hari raya tetapi perlu berwaspada dengan makanan yang diambil terutama pesakit diabetes.

Mereka perlu makan secara sihat dan kawal pengambilan gula, lemak dan banyak minum air.
Ini kerana pengambilan makanan yang tidak terkawal boleh menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak selain meningkatkan risiko kepada penyakit kronik. Sehubungan itu, pengekalan berat badan perlu ditekankan sepanjang musim perayaan.
Ini akan membantu kita menikmati makanan semasa musim perayaan tanpa menjejaskan kesihatan.

Saranan pengambilan kalori berdasarkan Panduan Diet Malaysia oleh Kementerian Kesihatan 2010 bagi orang dewasa (berumur 18 hingga 59 tahun) sebanyak 2000 kcal/ hari manakala wanita dewasa sebanyak 1500 kcal sehari.

Mereka juga perlu aktif menjalani aktviti fizikal dengan berlari selama 70 minit bagi wanita dan 50 minit bagi lelaki.

Pengambilan kalori berlebihan hanya akan memudaratkan kesihatan, tetapi apa halnya jika makanan yang kita ambil semasa berkunjung ke rumah terbuka hanya menjamah sayur sayuran dan bijirin sahaja.

Mungkin ramai menjeling kerana tindak tanduk kita itu tidak relevan malah akan menjadi bahan sindiran.

Sanggup ke menjadi bahan sindiran? Hari Raya Aidilfitri kata mereka disambut setahun sekali justeru nikmatilah suasana menyambut perayaan.

Malangnya, kita sentiasa menikmati makanan tanpa berwaspada hampir setiap hari di luar bulan Ramadan dan Syawal sekai pun.

Akhirnya akibat desakan sekeliling kita perlu makan apa yang mereka makan tanpa pantang, Namun kita tidak mampu berpantang makan, tetapi pantang jumpa makanan meskipun sedang obes.
Pakar pemakanan justeru berpendapat tidak perlu berpantang menikmati juadah hari raya tetapi menasihati supaya berwaspada.

Bermakna makan perlulah berpada-pada, bukan mengikut nafsu dan selera.

Seperti kata Timbalan Dekan Akademik (Sains Kesihatan) dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Barakatun Nisak Mohd Yusof, bahawa mereka perlu menjaga pemakanan dan mengambil kira apa yang mereka makan supaya tidak berulang di setiap rumah yang dikunjungi.

Pakar pemakanan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM itu berkata, mereka terutama pesakit diabetes disaran tidak mengikut nafsu semasa makan di rumah terbuka.

“Kalau 10 rumah kita kunjungi semasa rumah terbuka, takkan nak makanan sama kita makan, “ ujarnya.

Dr. Baarakatun Nisak juga memberitahu satu daripada dua rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan.

Katanya pengurangan berat badan semasa Ramadan adalah kerana peratus air yang berkurang dalam badan dan sekiranya berat badan menurun sekali pun mungkin sama ada satu atau dua kilogram sahaja.

Makanlah apa yang kita hendak makan tetapi ambil kira supaya tidak berulang makanan sama.
Beliau berkongsi menerusi Rancangan Pemakanan Ramadan (RNP) bagi pesakit diabetes.

Berkaitan RNP yang dijalankan dalam kalangan pesakit diabetes pada tahun 2019 oleh penyelidik UPM mendapati pendidikan sebelum Ramadan, dapat membantu mencapai kawalan glukos darah yang baik semasa Ramadan dan pada waktu Syawal.

Walaupun kandungan gula naik sedikit, ia masih lebih baik berbanding mereka yang tidak menerima nasihay menerusi RNP.

Beliau menyarankan supaya sentiasa rancang pengambilan makanan, sentiasa aktif menjalani aktiviti fizikal, minum banyak air sekurang-kurangnya dua liter sehari dan membeli makanan mengikut yang diperlukan bukan mengikut nafsu bagi mengelak pembaziran.

Dalam pada itu Prof. Ruzita Abd Talib daripada Fakulti Sains Kesihatan UKM mengingatkan supaya jangan makan secara berlebihan, kawal saiz hidangan yang kita makan dan makan sedikit di sesebuah rumah.

Perlu kita ingat, sepanjang Ramadan kita sepatutnya mampu berjimat tidak membazir tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Ini berdasarkan maklumat yang dikongsi Timbalan Pengarah Program Jaringan Antarabangsa Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Aniadila Kamaruddin bahawa berdasarkan program mysavefood@ramadan, dalam tempoh 20 hari, makanan dan minuman yang berjaya diselamatkan berjumlah 58,230kg daripada 138 bazar.

“Jika tiada program ini, jumlah tersebut akan terbuang begitu sahaja, “ ujar beliau.

Dianggarkam dalam 20,000 bazar ramadan seluruh negara jumlah sebenar makanan terbuang yang tidak berjaya diselamatkan adalah sangat tinggi. Sekiranya dianggarkan dalam bulan-bulan lain selain Ramadan jumlah makanan yang terbuang lebih kurang 17,000 tan sehari.

Justeru , dalam bulan mana sekali pun, kita sukar mengekang nafsu makan. Kalau begitulah ceritanya, makan lah berwaspada kalau sukar sangat berpantang.

Itu bagi mengelakkan orang lain masih berhari raya, kita berada di wad hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN