China galak pembangunan hak asasi manusia antarabangsa

China galak pembangunan hak asasi manusia antarabangsa

CHINA sedang mempergiat pembangunan negara ke arah kebangkitan nusa dan bangsa melalui modenisasi ala China pada masa ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 5 April lalu, sesi ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah berakhir di Geneva, Switzerland. Pada 26 Januari pula, Sesi Kumpulan Kerja Semakan Berkala Sejagat (UPR) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-45 sebulat suara meluluskan laporan mengenai penyertaan China dalam pusingan keempat UPR. Semasa proses semakan, lebih daripada 120 negara menilai secara positif kemajuan usaha hak asasi manusia China dan mengiktiraf sepenuhnya usaha yang tidak putus-putus dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia.

Walaupun istilah ‘hak asasi manusia’ berasal dari Barat, tamadun China memang kaya dengan prinsip politik ‘berorientasikan rakyat’ sejak zaman purba. Sebenarnya, konsep rakyat adalah asas negara dan kesejahteraan rakyat akan membawa kestabilan negara telah termaktub dalam Book of Documents, salah satu karya tertua China yang ditulis pada 3,000 tahun yang lalu.

Maksudnya, rakyat merupakan asas sesebuah negara, hanya rakyatnya hidup dalam keadaan aman sejahtera, barulah negara itu akan merealisasikan kestabilan. Mengzi, ahli falsafah yang tersohor dalam zaman purba China, juga pernah mengemukakan pandangan yang sama bahawa rakyat adalah yang paling penting, negara tidak sepenting rakyat, takhta antara yang tidak berapa penting.

Sejak penubuhan Republik Rakyat China pada 1949, kerajaan China sentiasa meletakkan usaha memastikan dan memelihara hak asasi manusia rakyatnya sebagai keutamaan dan menempuh jalan pembangunan hak asasi manusia yang menepati trend semasa dan sesuai dengan keadaan negara sendiri sekali gus mendorong pencapaian bersejarah dalam usaha hak asasi manusia.

Berpegang kepada pendekatan berpaksikan rakyat. Presiden Xi Jinping menekankan bahawa kebahagiaan rakyat adalah hak asasi manusia yang terbesar.

Selepas lapan tahun perjuangan berterusan, hampir 100 juta penduduk miskin di China berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan, sekali gus menyelesaikan masalah kemiskinan tegar yang membelenggu bangsa China selama beribu-ribu tahun.

China bukan sahaja berjaya mencapai matlamat membasmi kemiskinan 10 tahun lebih awal berbanding sasaran ditetapkan dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB, tetapi juga memberi sumbangan besar kepada pengurangan kemiskinan global serta kemajuan pembangunan manusia.

China dengan tekun melaksanakan pembangunan yang berkualiti tinggi, berjaya membina sistem pendidikan, jaminan sosial dan sistem perubatan dan kesihatan yang terbesar di dunia.

Kesemua ini memberikan rakyat negara ini rasa tulen untuk menikmati faedah, kebahagiaan dan kehidupan yang terjamin. Berpegang kepada perkongsian hak asasi manusia yang sama rata.

Seperti Malaysia, China juga merupakan sebuah negara berbilang kaum yang bersatu padu. Di tanah luas China, terdapat 56 etnik yang hidup bersama seperti biji buah delima. Mereka bersatu padu berjuang, bersama-sama menikmati hasil pembangunan.

Kami menegaskan kesaksamaan semua kumpulan etnik, melindungi hak dan kepentingan sah semua etnik minoriti mengikut undang-undang dan juga menjamin kebebasan kepercayaan agama rakyat.

PERJUANGAN
China telah merangka beberapa garis panduan pembangunan untuk wanita dan kanak-kanak dan meminda Akta Perlindungan Hak Wanita serta menggalakkan kesaksamaan gender dan pembangunan menyeluruh bagi wanita dan kanak-kanak.

Golongan kurang upaya juga mendapat sokongan sepenuhnya dalam pelbagai aspek seperti perawatan, pendidikan, pekerjaan dan keperluan rohani.

Menjalankan kerjasama untuk memajukan pemeliharaan hak asasi manusia. China sentiasa berusaha untuk memperjuangkan kesamarataan dan keadilan di peringkat antarabangsa seperti Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan lain-lain pertubuhan pelbagai hala dan menyumbang besar kepada tadbir urus hak asasi manusia global.

China juga membantu beberapa konvensyen dan perisytiharan hak asasi manusia antarabangsa yang penting diterima pakai serta menyumbangkan kebijaksanaan dengan mengemukakan konsep pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Konsep ini telah diterima dalam resolusi-resolusi Majlis Hak Asasi Manusia. Kami telah mengadakan dialog hak asasi manusia dengan lebih daripada 30 negara dan wilayah termasuk Malaysia, terus mendorong pertukaran dan kerjasama hak asasi manusia.

Kami telah mengemukakan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global. Tiga inisiatif tersebut menawarkan penyelesaian China bagi menangani defisit pembangunan, menyelesaikan dilema keselamatan dan mengukuhkan amalan saling membelajari antara tamadun.

Hak asasi manusia adalah sesuatu yang bersifat sejarah, konkrit dan realistik. Tiada piawaian yang tidak berubah dan tiada juga satu model yang seragam sepenuhnya. Kita perlu menghormati jalan pembangunan setiap negara manakala keadaan hak asasi manusia di mana-mana negara patut dinilai oleh rakyatnya sendiri.

Kini, China sedang mempergiat pembangunan negara ke arah kebangkitan nusa dan bangsa melalui modenisasi ala China pada masa ini. Dalam proses memperjuangkan matlamat ini, China akan menjadikan seluruh rakyat semakin relevan dengan hasil pembangunan modenisasi secara sama rata, terus meningkatkan tahap jaminan hak asasi manusia dan berusaha menyediakan peluang pembangunan secara bebas dan menyeluruh kepada setiap individu.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang pelbagai kaum dan inklusif yang giat memelihara hak asasi manusia di sisi undang-undang. China bersedia bekerjasama dengan Malaysia untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang hak asasi manusia dan bersama-sama menyumbang kepada kemajuan usaha hak asasi manusia serantau dan antarabangsa.

Semua manusia dilahirkan bebas dan saksama dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka dianugerahkan dengan fikiran dan hati nurani dan akal untuk bertindak terhadap satu sama lain dengan semangat persaudaraan.

Saya percaya bahawa aspirasi bersama yang tercatat dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat tersebut akan menjadi kenyataan pada akhirnya melalui usaha bersama kita.-UTUSAN

OUYANG Yujing ialah Duta Besar China ke Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN