DALAM kehidupan seharian, adakalanya kita tidak memberi perhatian terhadap niat. Antara sebabnya, amalan atau perbuatan itu biasa atau selalu dilakukan. Sehingga ia menjadi adat. Walhal, niat adalah perkara yang penting kerana ia akan menentukan halatuju perbuatan kita. Niat tidak dapat dipisahkan daripada setiap perbuatan kita. Perhatikan sabda Nabi SAW yang bermaksud: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. (Riwayat Bukhari) Demikianlah, dalam kita meraikan jemputan sahabat handai dan rakan-taulan sempena Hari Raya Aidilfitri, barangkali ramai yang terlupa berniat untuk merapatkan ukhuwah dan silaturahim. Rugilah, jika sekadar hadir ke rumah-rumah terbuka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya