BARU-BARU ini, penyair terkenal bernama Vairamuthu dari Tamil Nadu, India menerima anugerah Peruntamil daripada timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan. Rakan-rakan penulis Tamil tempatan tertanya-tanya, tidak adakah pengarang Malaysia layak diberi anugerah itu? Saya segera teringat kenyataan Presiden Persatuan Penulis Tamil Malaysia, P. Rajendran pada majlis penutup Festival Sastera Tamil di Universiti Malaya pada 5 April 2015. “Walau apapun yang kami lakukan di sini (Malaysia), kami masih perlu bergantung dan merujuk kepada perkembangan di Tamil Nadu. Saya merayu supaya anda terus memberikan peluang dan tunjuk ajar kepada kami,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya