RAMADAN sudah tiba lagi. Ketibaan bulan mulia yang penuh barakah ini disambut dengan penuh kesyukuran oleh umat Islam seluruh dunia. Bagi kebanyakan kita, kedatangan Ramadan turut membawa kembali berbagai-bagai kenangan yang menyentuh hati. Bagi perantau, kerinduan kepada ibu bapa, kaum keluarga dan kampung halaman semakin membara, lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa dan bersahur. Siapa yang tidak akan merindui juadah air tangan ibu, ditambah lagi dengan kemeriahan berbuka bersama-sama ahli keluarga? Di ibu kota, suasana menyambut Ramadan begitu meriah sekali. Bazar-bazar Ramadan dan gerai-gerai makanan muncul di mana-mana, bagai cendawan tumbuh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya