MUKADIMAH TIDAK ambil pusing ada pihak mengata ‘demo (demonstrasi) anjurannya manja’ atau sebaliknya, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) nekad. Iaitu prinsip Bersih terus menuntut kerajaan perpaduan untuk melaksanakan janji-janji reformasi. Ini demi memastikan negara ditadbir secara adil, demokratik dan bersih. Itu pendirian Pengerusi Bersih, MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ kepada wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL, AQILAH MIOR KAMARULBAID dan jurufoto, SYAKIR RADIN dalam pertemuan di Kuala Lumpur, Isnin lalu. Bersih, tegasnya, akan terus memperjuangkan ‘tuntutan 100 peratus reformasi’ seperti mana tertera dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya