Akhir minggu lalu, saya bersama teman-teman berpeluang melawat sebuah perkampungan Orang Asli di Baling, Kedah bagi melaksanakan sebuah lagi program Wikikata yang bertujuan memelihara bahasa Orang Asal di Malaysia. Untuk program kali ini, kami memilih Kampung Lubuk Legong, iaitu satu-satunya perkampungan asal Orang Asli daripada suku kaum Kensiu di Semenanjung Malaysia. Program ini ialah sebahagian daripada projek kerjasama di antara RCE Greater Gombak (RCEG2) di bawah kelolaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersama-sama Wikimedia Malaysia dengan hasrat meluaskan capaian pendidikan percuma kepada semua. Seramai 27 pelajar UIAM dan enam sukarelawan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya