HASRAT sesetengah pihak untuk mengangkat Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan dunia, bersekali Georgetown dan Melaka yang sudah terpilih bagi Malaysia, hendaklah difikirkan semula semasak-masaknya. Ini kerana tidak seperti dua tempat itu yang memang terserlah nilai sejarah dan budaya sejagatnya yang kosmopolitan lagi inklusif semenjak kewujudan awalnya lagi, Kampung Baru Cina sebaliknya tidak pun memilki dua nilai itu untuk ikut dinikmati warga dunia. Untuk sesebuah tempat itu dipertimbang sebagai tapak warisan kategori budaya oleh UNESCO, iaitu Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ia wajib mempunyai sebilangan ciri yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya