HARI ini Malaysia gah di persada dunia kerana pemimpin terdahulu yang bijak dan berkaliber. Hari ini, suara Malaysia didengari oleh pemimpin dunia kerana kebijaksanaan pemimpin kita. Hari ini, Malaysia kekal berdaulat kerana ketajaman pemimpin kita dalam menangani suatu isu yang hampir meranapkan nama Malaysia di peta dunia iaitu peristiwa 13 Mei 1969. Di penjuru jantung kita masih segar dan berdegup akan isu 13 Mei 1969. Isu yang hampir melumpuhkan perpaduan dan kedaulatan negara dalam sekelip mata. Suatu peristiwa hitam yang wajib dijadikan teladan dan ikhtibar bersama terutamanya generasi abad ke-21…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya