ORANG kita berpolitik dari pilihan raya ke pilihan raya. Berfikir politik, bekerja politik, bercakap politik, bermain politik, bersosial politik, makan politik malah mimpi pun politik. Sampai masanya kita menukar paradigma ini dan bersama-sama bekerja untuk faedah masyarakat, bangsa, agama dan negara. Mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai isu yang ada dan bekerja keras melakukan penambahbaikan berterusan untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan bersama. Saya tertarik dengan satu video yang ditularkan tentang kejayaan program pelaksanaan tenaga yang boleh diperbaharui di perkampungan Odanthurai di Tamil Nadu, India yang mengubah kehidupan menggunakan panel dan kincir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya