APAKAH yang membezakan seorang wartawan yang dilahirkan dari kursus kewartawanan yang formal dan penyampai maklumat tanpa kursus berinstitusi di dunia maya pada era kecerdasan buatan (AI) mutakhir ini? Jawapannya hampir tiada, akibat dasar langit terbuka yang menyebabkan pintu banjir informasi melimpah tanpa kawalan. Hanya etika sebagai seorang penyampai maklumat dan undang-undang negara membatasi tindak-tanduk seseorang bergelar wartawan dan penyampai maklumat melalui akaun media sosial. Sebagai seorang bekas pengamal undang-undang dan kini bergiat dalam bidang media, setiap berita yang disampaikan perlu berlandaskan fakta dan pengesahan pihak berkepentingan yang konkrit. Hari ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya