TAHNIAH kepada selebriti dan penyanyi, Alif Satar atas kejayaan apabila gerakan #GengSubuhMacamJumaat pada 1 Januari lalu itu mendapat sokongan pelbagai pihak. Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur menjadi saksi apabila kempen itu menarik kira-kira 3,000 jemaah. Begitulah sepatutnya usaha yang dilakukan oleh setiap kita yang bergelar Muslim. Apatah lagi jika kita ada pengaruh, pengikut sehingga digelar pempengaruh. Gunakan kesempatan itu untuk berdakwah mengajak manusia melakukan kebaikan dan dalam masa sama, mencegah kemaksiatan. Alif yang mendapat idea itu hasil ceramah tentang bagaimana mahu membantu rakyat Palestin, kini ibadat menjadi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya