NAK baiki dunia, kena baiki manusia; nak baiki manusia, kena baiki hatinya; nak baiki hatinya, kena baiki solatnya. Demikian antara kata-kata yang selalu diungkapkan oleh para ulama untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang di muka bumi. Untuk memastikan Malaysia menjadi negara yang hebat seiring seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 November lalu, yang mengajak rakyat kembali memupuk nilai murni dalam keluarga, bab solat mesti diberi perhatian. “Kalau institusi keluarga pun sudah porak-peranda, maka sukar hendak bentuk masyarakat, bahkan jika keluarga porak-peranda maka sukar hendak atur bina balik negara,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya