DI Malaysia, seruan boikot biasanya dilaungkan apabila wujud isu sensitif khususnya melibatkan agama dan umat Islam. Umpamanya, boikot produk Sweden pernah dilaungkan apabila ada penghinaan terhadap Rasulullah dan al-Quran; boikot produk orang bukan Islam dikumandangkan apabila ada penghinaan terhadap Islam dan tulisan Jawi. Setiap hari sejak tercetusnya konflik Israel-Palestin pada 7 Oktober lalu, isu boikot kembali bergema dan kali ini agak ‘mengganas.’ Semakin hari semakin ramai berpegang teguh dengan pendirian untuk tidak menyokong atau membeli mana-mana produk yang dikaitkan dengan Israel sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin. Banyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya