APABILA ditugaskan untuk membuat liputan Kongres Palestin Sedunia 2023 di Putrajaya pada 17 Jun lalu, saya tidak menjangkakan tiada langsung petugas media lain yang hadir. Hanya saya satu-satunya wartawan ada di lokasi tersebut meskipun yang berucap merasmikannya, Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekrima Said Sabri bukanlah calang-calang orang! Entah kenapa tiada agensi media yang datang walhal dua hari sebelumnya, bekas Mufti Palestin itu ada juga bertemu Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar. Bagaimanapun, bukan itu yang menarik perhatian saya tetapi resolusi dibentangkan pada akhir kongres tersebut cukup…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya