Yang ‘kalah’ disusukan, yang menang ‘dituba’ - Utusan Malaysia

Yang ‘kalah’ disusukan, yang menang ‘dituba’

Sudah bertahun negara ini merdeka, kita masih nak ‘susukan’ si kera. - Gambar hiasan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERNAH tak kita berdepan dengan situasi ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’?
Peribahasa ini cukup popular dalam bangsa kita.
Banyak situasi yang mendepani kita dengan peribahasa ini. Banyak perkara yang kita hadap dengan mata kita sendiri dalam aspek ‘kera’ dan ‘anak’ dan begitu juga ‘susu’.
Bagi saya ia menjurus kepada ketidakadilan dalam kita menjalani kehidupan ini berkait dengan sesiapa sahaja, baik kerajaan memerintah, pak penghulu, pemegang kad kuasa atau juga mereka yang ada di tangga teratas kelas sosial.
Tak kurang juga dalam keluarga kita sendiri. Cubalah buka mata dan lihat sendiri mana yang ‘kera’, mana pula ‘anak’.
Situasinya pelbagai. Sekadar memberi beberapa contoh kehidupan, kedai bangsa kita, di peringkat pemegang kad kuasa, disuruhnya buat itu ini, dilarang itu dan ini, sedangkan bangsa lain bebas pula berniaga sana sini.
Dalam kehidupan beranak pinak juga begitu. Si abang dilarang itu ini, sedangkan si adik, boleh pula.
Begitu juga dengan sang pemerintah, bila berdepan dengan orang kita, semuanya bertegas, sedangkan orang asing bebas berniaga, bebas meneroka tanah, bebas ‘menyusu’. Mereka yang berasal dari bangsa yang tewas sehingga muncul di negara ini ‘disusukan’ sedangkan anak bangsa ini yang datang daripada sang juara kemerdekaan ‘dituba’.
Jika di tempat kerja juga, pasti akan ada kaki-kaki bodek ini ‘terlepas’ begitu sahaja sedangkan yang membuat kerja, yang bermati-matian demi syarikat, bagaikan ‘nasi diletak tuba’. Jangan tipulah kalau kita tak berdepan hal sebegini. Pasti ada.
Memanglah hidup ini tiada siapa yang adil, yang adil cuma Yang Maha Kuasa. Tetapi akal waras yang dikurniakan oleh-Nya pasti membuatkan kita mampu memberikan pertimbangan wajar.
Ada ketika kita terlalu menyanjung orang luar berlebih-lebihan, walhal jasa dan pengorbanan di belakang tabir orang kita sendiri dilupakan.
Contoh lain, di lapangan sukan juga begitu. Kadangkala kita terlalu taksub untuk ‘membangunkan’ orang luar yang disebut-sebut ‘naturalisasi’ sedangkan ramai anak-anak kita yang ‘tagap’ (tegap) tidak dipandang. Dahulu ada sahaja bidang-bidang sukan yang dinaturalisasikan yang akhirnya tidak ke mana pun. Tak memberi kesan mendalam pun kepada pembangunan negara.
Sudah bertahun negara ini merdeka, kita masih nak ‘susukan’ si kera.
Berpegang kepada kata-kata Buya Hamka: “Emas tak setara dengan loyang, sutera tak sebangsa dengan benang”.
Ingat, biarpun ada kera yang jinak, tak semuanya ada fikiran. Jangan nanti yang disusukan itu pula menerkam si penyusu.

METRA Syahril Mohamed adalah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya