BUKIT Bendera dan rakyat Pulau Pinang mempunyai sejarah dan kaitan yang panjang, ini kerana apabila disebut sahaja Bukit Bendera, rakyat negeri ini serta pelancong yang pernah mengunjunginya secara automatik akan terkenang pengalaman menuju ke puncak bukit berkenaan. Suasana dingin berkabus dapat dirasai di puncak bukit berkenaan, malah tambah menarik orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan funikular (kereta api kabel) generasi ketiga di sepanjang landasan kereta api yang berusia berabad lamanya untuk menuju ke puncak bukit. Selain terkenal sebagai ikon pelancongan Pulau Pinang, Bukit Bendera adalah tapak Rizab Biosfera Pertubuhan Pendidikan, Sains…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya