BAHASA merupakan salah satu elemen penting yang menunjukkan identiti sesuatu bangsa. Kehebatan sesuatu bangsa yang mampu mencipta kegemilangan peradaban unggul mempunyai perkaitan rapat dengan aspek bahasa dijadikan tonggak utamanya. Tidak ada sesuatu bangsa yang berjaya mencapai kegemilangan peradaban dengan hanya bergantung kepada bahasa orang lain. Sesungguhnya kepentingan bahasa tidak dapat disangkal kerana ia juga merupakan salah satu daripada bukti kekuasaan Allah SWT. Firman-Nya dalam al-Quran bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya