ISU lebih 70 peratus atau 4,630 daripada 6,361 calon yang ditawar ke Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bagi sesi pertama tahun ini menolak melanjutkan pelajaran dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), bukanlah memeranjatkan terutama kami yang sudah berkecimpung hampir 30 tahun dalam bidang TVET. Malah, isu ini sebenarnya turut melanda banyak institusi latihan kemahiran awam (ILKA) lain seluruh negara. Namun begitu, menjadi persoalan banyak pihak juga ialah mengapakah TVET terus menjadi isu dan polemik saban tahun (terutama dalam tempoh 10 tahun kebelakangan) menjadi masalah yang semakin buruk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya