MENJELANG dan selepas pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini, pelbagai perkara dipaparkan di media sosial. Para politikus juga membuat pelbagai kenyataan yang menarik perhatian wartawan dan masyarakat umum. Bagaimanapun, tumpuan saya lebih kepada penggunaan peribahasa, khususnya dalam komunikasi saya bersama beberapa rakan yang sama-sama meneliti perkembangan politik dengan penuh minat. Saya mendapati secara tidak sedar, kami sering menggunakan peribahasa Melayu untuk meluahkan pandangan dan kritikan terhadap calon dan parti politik yang bertanding serta keseluruhan perjalanan proses pilihan raya secara umum. Pada masa sama, kami juga berbual tentang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya