RAMAI yang tidak menduga timbulnya satu faktor baharu dalam kemelut politik hari ini, yakni seorang ‘maharaja’ ala tradisi China di sebuah negeri utara Semenanjung. Ada yang terkejut khususnya mereka yang datang dari kelompok sebuah parti yang dianggap stabil. Tiada perebutan itu dan ini. Rupa-rupanya ‘dalaman ada pertengkaran’ – dakwaan terkini. Ia kononnya berikutan keputusan pahit politik dalam pilihan calon parti yang tidak menyenangkan diri beberapa individu berkenaan. Jika tidak mana mungkin ada dakwaan tersebut. Sudah terantuk baharu tengadah. Agak terlambat. Tetapi biar lambat daripada tiada langsung, bak kata perpatah Inggeris.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya