ANTARA acara yang paling ditunggu-tunggu oleh ahli pengakap adalah Jambori Pengakap Dunia atau World Scout Jamboree yang diadakan empat tahun sekali. Jambori didefinisikan sebagai perhimpunan besar pengakap di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Di jambori inilah ahli-ahli pengakap dapat bertemu rakan-rakan baharu, bertukar-tukar pandangan, menjalani aktiviti-aktiviti menarik dan memperoleh pengalaman berharga sebagai bekalan pada masa depan. Pada tahun ini, Jambori Pengakap Dunia akan berlangsung dari 1 hingga 12 Ogos di SaeManGeum, Jeollabuk-do, Korea Selatan yang dijangka disertai kira-kira 45,000 ahli pengakap seluruh dunia. Malaysia tidak ketinggalan apabila bakal menghantar kontinjen kira-kira…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya