WALAUPUN peruntukan khas sudah diumum dalam pembentangan belanjawan pada Februari lalu khusus bagi menggerakkan usaha menterjemah karya bermutu, kita masih menanti pihak terbabit melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sementara itu, peri penting menterjemah karya pengarang tempatan dalam bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin, Iban, Kadazan dan sebagainya kepada bahasa kebangsaan turut dibincangkan peserta Pertemuan Penulis Malaysia di Pusat Kebudayaan India, Brickfields, Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu. Persatuan Penulis Berbilang Bahasa (PEN Malaysia) yang baru sahaja diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada Jun lalu turut ada biro khas bagi menjayakan projek terjemahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya