KATA memikat, janji mengikat kembali berlegar. Tidak tahu berapa ramai atau sejauh mana lagi masyarakat akan terjerat. Piring hitam lama diputar semula untuk memperdengarkan lagu lama dengan seni kata yang tidak berubah. Alunan iramanya cuba digubah semula sehingga ada kala kedengarannya sumbang dan tidak menyenangkan perasaan. Demikian sepintas kiasan gara-gara gerakan kempen menjelangnya pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, 12 Ogos ini. Sepatutnya tidak perlu pun ada kempen. Rakyat dikatakan sudah masak dan hadam benar dengan segala ehwal dan mainan politik tanah air. Menyenangkan kerja, apabila sampai waktunya, mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya