BERDASARKAN rekod Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), antara Januari hingga April lalu, sebanyak 190,113 naskhah buku telah dipinjamkan. Angka ini meningkat sebanyak 60,000 berbanding tempoh sama pada 2019. Peningkatan dalam peminjaman buku ini merupakan satu fenomena yang memberangsangkan. Satu kajian oleh PNM bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menunjukkan antara 1996 hingga 2005, rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku dalam setahun. Angka itu meningkat kepada 15 naskhah pada 2014, seterusnya naik menjadi 20 naskhah pada 2023. Perubahan ini menunjukkan satu kemajuan ketara. Namun begitu, bilangan pembaca di negara kita masih jauh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya