‘Orang kita terlalu banyak merungut, salahkan sana, salahkan sini’ - Utusan Malaysia

‘Orang kita terlalu banyak merungut, salahkan sana, salahkan sini’

Merungut, saling salah menyalahkan sudah menjadi ragam kehidupan orang kita - Gambar hiasan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERASAN atau tidak, orang kita ni suka sangat merungut, mengata, mengeji, mengutuk, mengkritik dan sewaktu dengannya.
Hasil padi tak menjadi, merungut. Salahkan itu, salahkan ini.
Durian tak menjadi, tupai pula yang disalahkan. Nilai jualan tak naik, semuanya salah si A, sebabkan si A lah, semua serba-serbi tak menjadi. Malah ‘posting’ mengenai tugasan syarikat di Facebook tak ‘viral’ pun nak salahkan orang lain.
Sedangkan datang kerja, dari pagi membawa ke 5 petang, asyik gelak ketawa, cerita tentang jiran, cerita tentang sedara (saudara), cerita itu cerita ini disulami ketawa yang menjengkelkan. Bercakap kuat-kuat macam di pasar malam jadinya tempat kerja.
Ditanya apa penyelesaian terhadap segala permasalahan yang membelenggu, apa usaha? Tiada. Datang kerja hanya nak bercakap soal peribadi.
Tak menang pingat emas pun, situ salah, sana salah.
Ringgit jatuh, sana sini salah. Ringgit naik pun ada juga yang kritik. Harga barang turun, dikatanya gula-gula kempen, apatah lagi harga barang naik.
Sedar atau tidak, negara ini semakin kurang orang yang mampu berfikiran kritikal dan kritis. Kita hanya selesa menjadi ‘negara pengguna’, ‘menumpang’. Semuanya import dari luar, semuanya nak ‘menumpang’ umpama dedalu menempel pada pokok lain.
Saintis negara yang bertaraf antarabangsa juga tak seberapa jumlahnya. Kita ini terlalu selesa sehingga tak sedar, orang lain sudah ‘pancung’ ranking negara dalam pelbagai sudut.
Negara jiran, sudah ada kilang buat kereta api, mampu mengeksportnya ke luar negara. Ada yang menjadi tumpuan pelabur gred A. China, sudah berani buat roket ke angkasa, pesawat komersial. Orang kita? Masih nak terbahak-bahak sibukkan kehidupan orang lain.
Masih nak merungut, semuanya tak kena, semuanya salah itu salah ini. Masih lagi nak ketawa sana ketawa sini, macam tiada apa yang perlu dirisaukan. Terlalu selesa.
Saya teringat kata-kata seorang rakan: “Macam mana pesawah-pesawah di Sekinchan sangat maju sehinggakan ‘kapal terbang’ pun boleh mendarat di tengah bendang, tetapi pesawah di kawasan lain, masih berlegar merungut soal benih padi, soal baja, soal air, soal subsidi. Merungut tak habis-habis”.
Perkara itu saya serahkan kepada mereka yang terlibat untuk menjawabnya. Dia bagi contoh itu sahaja, bahkan ada banyak contoh lain. Tenang, kita nak menegur, bukan nak menjatuhkan.

Penulis adalah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya