PERSELISIHAN antara China dan negara-negara sekitar Laut China Selatan seperti Malaysia, Vietnam, Filipina, Brunei dan Indonesia berlarutan sehingga kini. Tuntutan dan alasan diberikan oleh kedua-dua pihak berselisih ada hujah dan kemunasabahan masing-masing. Dalam persoalan ini, kita harus melihat pada Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa (UNCLOS) 1982 yang boleh dianggap sebagai perlembagaan undang-undang laut antarabangsa yang perlu dijadikan rujukan oleh semua pihak terlibat. Persoalannya, adakah semua pihak terlibat mahu merujuk dan akur dengannya? Kedua, dari segi pelaksanaan undang-undang laut itu. Persoalan asas yang timbul adalah undang-undang antarabangsa tidak bersifat undang-undang sebenar dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya