PADA zaman dahulu, orang Cina dari wilayah China yang berlainan etnik bertutur mengikut loghat yang dipraktikkan di daerah masing-masing. Setiap hari, mereka berkomunikasi dengan penduduk sekampung atau sedaerah menggunakan dialek puak sendiri. Bagi mengatasi masalah komunikasi antara orang Cina dari wilayah berbeza-beza, maka idea satu bahasa perantaraan dinamakan putonghua (dialek/bahasa umum) dicetuskan oleh para cendekiawan pada masa itu. Pada umumnya, putonghua bermaksud bahasa yang dipertuturkan oleh orang umum (common people). Hal ini penting supaya pertuturan seseorang dari sesebuah wilayah dapat difahami oleh orang dari wilayah lain dalam komunikasi. Putonghua sesungguhnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya